MAIWP DAN SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)-I RAIKAN PELAJAR CEMERLANG SPM, STPM DAN STAM
Hari Jumaat yang lepas, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meraikan pelajar-pelajar penerima Bantuan Am Persekolahan yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2020.
Saya telah menyerahkan replika cek Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar tahun 2020 kepada saudara Ahmad Faeez Azizi bin Hassan, pelajar yang mendapat keputusan 11A SPM 2020. Beliau diiringi oleh ayahandanya sendiri. Turut menyaksikan penyerahan ini Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Seramai 350 pelajar bakal menerima insentif kecemerlangan ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM290,400.00.
Perbezaanya pada tahun ini ialah insentif diberikan dalam bentuk caruman yang akan dimasukkan ke dalam akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)-i bagi kegunaan pendidikan mereka pada masa hadapan. Jumlah insentif yang diberikan di antara RM600.00 sehingga RM1,200.00 mengikut kategori kecemerlangan selain tambahan RM100.00 sumbangan dari PTPTN sendiri yang turut dimasukkan terus ke akaun pelajar.
MAIWP mempunyai Skim Bantuan AM Pelajaran IPT/ Bantuan Persediaan IPT, Bantuan AM Persekolahan dan Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan yang bertujuan meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak asnaf tidak berkemampuan dalam memperoleh pendidikan . Untuk memohon, maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperoleh dari kaunter MAIWP atau dimuatturun dari Laman Web Rasmi MAIWP.
#maiwp #agihzakat #kamiAda #skuadjejakasnafBaitulmalMAIWP #gerobokrezekiMAIWP #MoJA #ppzmaiwp #maiwpprihatin #musaadahcovid19 #maiwpridersteam
MDB
Pengerusi MAIWP